Thursday, 16 October 2014

Rencana : Aliran Tenaga

Tenaga Dalam Biosfera-Tasik
Oleh: Tengku Intan Mastura Bt Tg Mohd Ramli


Pendahuluan



Gambar 1: Gambar menunjukkan aliran tenaga ekosistem tasik

  Biosfera ialah persekitaran organisma hidup yang dibina oleh interaksi atmosfera- lautan, bumi dan persekitaran permukaan bumi (Bradshaw & Weaver 1992). Menurut Daniel (2006), biosfera terdiri daripada sistem daratan dan akuatik yang mana sistem akuatik terdiri daripada sistem air tawar dan marin. Di biosfera inilah berlaku beberapa proses dan antara proses biosfera yang berlaku dalam ekosistem adalah aliran dan perpindahan tenaga. Aliran dan perpindahan tenaga berlaku dan wujud dalam rantai makanan atau siratan makanan. Apabila adanya aliran dan perpindahan tenaga dalam siratan dan rantai makanan, ia akan melibatkan proses memakan dan di makan serta penguraian dan pereputan organisma. Oleh itu, rantai makanan dan siratan memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan bagaimana aliran dan perpindahan tenaga boleh berlaku. Peta aliran di bawah menunjukkan bagaimana aliran tenaga berlaku:


Isu Dalam Biosfera Akuatik- Tasik



Ekosistem tasik merupakan sebahagian daripada ekosistem air (ekosistem akuatik) yang tidak berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lentus. Ekosistem tasik mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.
Oleh kerana ciri atau sifat air tasik adalah tidak berarus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai, terutamanya dari segi bahan substrat, kadar dan kuantiti penerimaan cahaya matahari dan suhu airnya. Oleh itu, tasik harus dipelihara dengan baik bagi memastikan komunitinya tidak terjejas. Namun begitu, seringkali kita dengar masalah mengenai pencemaran tasik yang berlaku disebabkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Menurut sumber dari Berita Harian (2011) Orang asli Tasik Chini merayu supaya kerajaan dapat atasi pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut. Kesan pencemaran tersebut bukan sahaja dapat menganggu aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem tasik, bahkan turut memberi kesan kepada masyarakat sekeliling terutamanya orang asli yang menetap di sekitar Tasik Chini tersebut. Disamping itu, pencemaran yang berlaku juga turut menyebabkan pertumbuhan alga yang berlebihan di kawasan tasik. Hal ini boleh menjejaskan hidupan di dalam tasik kerana tidak mendapat sumber cahaya matahari yang cukup. Gambar di bawah menunjukkan pencemaran tasik yang berlaku.
Gambar 2: Pencemaran tasik


Gambar 3: Pembuangan sisa dan sampah-sarap di dalam tasik


Kepentingan Ekosistem Tasik

Aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem tasik memberikan kepentingan tertentu. Yang paling penting adalah aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem tasik memastikan kemandirian spesies di kawasan tersebut. Dalam rantai makanan atau siratan makanan, haiwan sama ada di makan atau memakan pelbagai haiwan lain. Apabila berlaku proses memakan dan di makan ini, hidupan ekosistem tasik contohnya boleh meneruskan kehidupan. Ini kerana mereka mendapat bekalan tenaga untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Sekiranya sumber bekalan tenaga mereka iaitu haiwan yang dimakan terancam, berkurangan atau pupus, sudah tentu mereka tidak dapat meneruskan kehidupan. Lama-kelamaan hidupan tersebut akan pupus. Jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Ini mengganggu ekosistem. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan berubah ia akan menyebabkan keseimbangan alam terganggu. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan. Contohnya, hidupan tasik seperti ikan air tawar dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang penting untuk kesihatan manusia.  Sekiranya manusia melakukan pencemaran tasik seperti pembuangan sisa toksik ke kawasan tasik, akan berlakunya kepupusan hidupan tasik. Tasik juga penting untuk dijadikan kawasan tadahan dan simpanan air. Tasik boleh digunakan untuk tadahan dan bekalan air. Di Malaysia, tasik digunakan sebagai salah satu tempat untuk tadahan air. Contohnya, Tasik Kenyir, Tasik Bera dan sebagainya. Tasik juga merupakan sumber air utama bagi kaum orang asli. Mereka menggunakan air dari tasik bagi aktiviti domestik seperti mandi, membasuh baju dan juga sebagai minuman. Mereka juga masih lagi mempunyai kebudayaan atau kepercayaan yang tersendiri, Mereka mempercayai animisme. Selain itu, mereka juga mempunyai kepercayaan yang tersendiri yang berkaitan dengan alam semula jadi. Sekiranya hidupan di tasik tiada, mereka akan kehilangan sumber kehidupan.




Gambar 4: Tasik Chini

Punca  Pencemaran Ekosistem Tasik

 Kebanyakan punca pencemaran tasik yang menyebabkan kepupusan habitat dan spesies adalah kerana kegiatan ekonomi. Punca ini penting untuk dikenal pasti kerana aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem. Antara punca pencemaran yang menjadi penyebab terganggunya aliran dan perpindahan tenaga bagi hidupan air ialah pembuangan sisa dari kilang ke dalam kawasan tasik.  Perbuatan ini dilakukan bagi melupuskan sisa tanpa melibatkan kos bagi pihak terbabit. Apabila sisa ini dibuang ke dalam tasik, kawasan tersebut sudah tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik kerana tasik telah tercemar. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik yang mati. Apabila hidupan akuatik mati, kesannya akan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga dalam rantai makanan. Pada masa yang sama, kegiatan pembalakan dan perlombongan pula menghasilkan kelodak, lumpur, pasir, dan batu kecil yang menyebabkan kandungan oksigen dalam air semakin kurang lalu memusnahkan kehidupan akuatik. Selain itu, Menebusguna tasik untuk dijadikan pelbagai tapak pembinaan seperti kawasan perumahan, industri dan sebagainya juga memusnahkan ekosistem tasik. Apabila tasik ditimbus bermakna memusnahkan terus semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupannya akan mati. Pembangunan pertanian dan penternakan  juga penyumbang kepada pencemaran tasik. Penggunaan pelbagai jenis racun serangga seperti DDT dan baja kimia (urea) menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresap oleh air tanih menuju ke tasik disamping air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid. Contohnya dapat dikesan di tasik-tasik di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit yang berskala komersil.

Kesan-kesan pencemaran tasik
Manusia turut menerima kesan sekiranya isu berkaitan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan riadah di tasik-tasik dan kawasan bekas perlombongan di Batu Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap. Aliran dan perpindahan tenaga akan terjejas sekiranya rantai makanan bagi hidupan akuatik tasik terjejas. Tasik juga akan terjejas sekirannya pertumbuhan alga berlaku dengan banyaknya. Apabila permukaan tasik dilitupi tumbuhan alga yang banyak, ini akan mengurangkan penembusan cahaya matahari ke laut. Kesannya, kehidupan plankton dan zooplankton yang menjadi makanan ikan dan hidupan lain akan mati. Ini menjejaskan rantai makanan dalam tasik. Selain itu, pencemaran air akan menyebabkan air tidak sesuai untuk diminum dan mengancam nyawa hidupan akuatik tasik. Sektor pertanian merupakan antara sektor penting di Malaysia. Namun ia memberi kesan yang buruk jika pertanian yang dijalankan di sekitar tasik tidak mengambil langkah yang selamat.  Sisa pertanian seperti baja kimia (urea) dan racun serangga (makhluk perosak) akan dibawa oleh air larian permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanih yang akhirnya dialirkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesannya kualiti air tasik terjejas, nilai pHnya bertambah yang boleh mematikan pelbagai hidupan di dalamnya seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang terdapat di sekitar tasik. Rantaian dan siratan makanan dalam tasik juga akan mengalami kemusnahan.

Cadangan Dalam Menyelesaikan Masalah
Dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik terus berlaku, perkara yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti punca ini dari akar umbinya, Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku kerana disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Manusia menyebabkan berlakunya pencemaran yang mengganggu ekosistem dan habitat hidupan akuatik. Jadi, bagi memastikan persekitaran selamat untuk didiami, saya telah mencadangkan langkah-langkah seperti peta pokok di bawah:


No comments:

Post a Comment