Thursday 16 October 2014

Rencana : Pemuliharaan Air

 Pemuliharaan Air
Oleh : Nur Hayati Binti Jamaludin

Cadangan dalam usaha pemuliharaan air di Malaysia

1)     Peranan kerajaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu). Antara usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam memulihara air ialah mewartakan kawasan rezab sumber di samping mengawal selia aktiviti pembangunan yang berasaskan sumber alam seperti aktiviti pembalakan, pertanian, perlombongan, perindustrian dan lain-lain agar tidak mencemarkan air sungai dan laut. Pihak berkenaan hendaklah merangka garis panduan perancangan fizikal untuk memastikan pembangunan yang mampan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan pula perlu mengenakan denda atau saman kepada kilang yang menyalurkan sisa toksik terus ke dalam sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan pengajaran dengan cara menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan operasi kilang mereka. 

Kawal selia, pengawasan, dan pemantauan yang teliti juga perlu dilakukan secara sepadu oleh agensi-agensi kerajaan. Sebagai contoh, Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan secara mengejut kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk membuang sampah sarap perlu dilakukan.  Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula boleh melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air. Sampel air  boleh diambil dari stesen-stesen berkenaan untuk dianalisa bagi menghasilkan Indeks Kualiti Air (WQI). JAS menjalankan kajian ke atas lembangan-lembangan sungai yang terpilih untuk mengenalpasti semua punca pencemaran, mengira beban yang dihasilkan oleh punca-punca berkenaan dan mengesan impak ke atas sungai itu. Maka pelan tindakan yang melibatkan langkah struktur seperti pembinaan wetlands, kajian perangkap sediment, pemasangan perangkap sampah dan langkah mengawal ‘point pollution’ serta langkah bukan struktur seperti peningkatan kesedaran awam dan ‘stakeholders’, memperkemaskan polisi alam sekitar, memperkukuhkan peranan institusi dan rangka perundangan, mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan meningkatkan aktiviti pemantauan.

Di samping itu, antara usaha lain pemuliharaan air yang boleh dijalankan di Malaysia ialah pemuliharaan sumber yang telah tercemar seperti merawat air yang telah tercemar, menyediakan sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai daripada pencemaran sampah sarap, dan lain-lain yang berkaitan. Selain itu, langkah lain ialah mempertingkatkan R&D dan teknologi yang mesra alam seperti penggunaan sumber tenaga gantian, penggunaan bahan kitar semula, dan bahan pengganti, memperluaskan penggunaan bioteknologi dan lain-lain yang boleh mengurangkan risiko pencemaran.

Kerajaan juga boleh meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran. Misalnya dalam kalangan negara ASEAN iaitu kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan/pembersihan air laut yang tercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut. Bagi menyelesaikan masalah pencemaran laut pula, kerajaan telah bekerjasama dengan Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang digunakan mestilah sentiasa disemak dan dipastikan kapal tersebut dalam keadaan baik supaya selamat digunakan. Kapal yang tenggelam akan mengalirkan minyak kapal ke dalam air dan ini akan mencemarkan laut.


Sementara itu, sistem pembetungan juga perlu dinaik taraf, dan yang sedia ada perlu dibaik pulih bagi pengendalian air sisa domestik, di samping mengurangkan pelepasan air sisa yang belum dirawat atau yang dirawat dengan tidak sempurna ke dalam sungai. Indah Water Konsortium (IWK) telah mengambil alih pengurusan kemudahan pembentungan, loji rawatan dan tangki septik sejak tahun 1998. Sehubungan dengan itu, terdapat peningkatan dalam kualiti air mentah di beberapa negeri daripada pengurangan keseluruhan dalam jumlah bakteria coliform dalam air mentah daripada 28.1 peratus pada tahun 1995 kepada 15.7 peratus pada tahun 1998.




  1)    Kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam proses Sludge Dewatering (penyahairan)


Sludge Holding Tanks 

 
                                                                                                                                                                                                         

Polymer Dissolving Tank





Sludge Storage





                                                     
                                                                 Sludge Hopper



2)     Kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam proses Aeration (pengudaraan)

     

                                                             Aeration Tank




Blower
 


3)    Kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam proses Clarifier (penjernih)

    
Clarifier


)    Kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam proses Measuring Tank
   

Filter & Measuring Tank
   




Selain itu, ladang penternakan khinzir juga perlu ditempatkan semula dan teknik perawatan sisa babi yang lebih berkesan perlu diperkenalkan untuk menangani pelepasan sisa ternakan ke dalam aliran air.

Kerajaan juga boleh melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar yang dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mengawal atau mencegah pencemaran. Kempen boleh dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen Cintailah Sungai Kita, atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong royong membersihkan sungai. Pendidikan alam sekitar pula perlu bermula di peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat. Penyebaran informasi tentang kesan mencemarkan sungai bukan sahaja boleh dilakukan melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak seperti akhbar arus perdana. Kini, penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam memastikan kempen yang dijalankan berjaya membekas di hati masyarakat. Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai juga boleh dilakukan di kawasan perumahan supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke dalam sungai.


2)     Peranan masyarakat

Penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Sebagai contoh penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada di dalam sungai. Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan pejalan kaki dan taman yang dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung, sungai menjadi lebih menarik dan boleh dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih menghargai kewujudan sungai dalam kehidupan mereka.


3)     Peranan sekolah

  Sekolah juga boleh memainkan peranan dalam usaha menbanteras pencemaran sungai melalui pendidikan kesedaran. Guru-guru boleh menyelitkan kepentingan memeliharan kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains. Realitinya, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan cinta akan sungai dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak pandai dahulukala, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak ini dapat dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dibendung pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi yang akan meneruskan legasi kehidupan dan menggunakan nikmat tersebut.


Kepentingan Pemuliharaan Air

Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.  Air juga merupakan antara sumber dari alam sekitar yang paling penting dalam kehidupan kita. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.

 Pemeliharaan dan pemuliharaan air amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun serta tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.

Selain itu, haiwan seperti hidupan air juga akan mati jika hidup dalam air yang tercemar. Sungai yang tercemar akan menyebarkan wabak dan menjangkiti hidupan air seperti ikan, siput, kerang, udang dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan mencemarkan alam sekitar kita. Ekosistem sungai juga akan mati. Sungai yang mati akan mengeluarkan bau yang busuk, pemandangan yang kotor, berbahaya pada kesihatan dan menyebabkan sebarang jenis tumbuhan dan haiwan tidak dapat hidup.

Menaik taraf sistem pembentungan merupakan antara langkah dalam pemuliharaan air di Malaysia. Sesetengah tempat di Malaysia tidak mempunyai sistem pembetungan. Oleh itu, sisa pembetung masuk atau meresap ke dalam saliran kita. Sistem pembetung yang tidak dirawat akan menyebarkan organisma yang 'patogenik' atau menyebabkan penyakit serta mencemarkan sungai-sungai kita.

Secara konklusinya, pemuliharaan dan pemeliharaan air amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan manusia dan hidupan lain akan lebih terjamin pada masa akan datang. Oleh itu, kita perlulah menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan.

                           

                                    

No comments:

Post a Comment