Rencana
: Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan.
Oleh
: Bahjatu Sholihah binti Raman
Menurut
Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi merupakan bahan
selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat daripada bahan
semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan ke
dalam sesuatu makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam makanan
telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke
dalam makanan melalui pelbagai cara. Sejarah
terdahulu membuktikan bahawa penggunaan bahan tambah semulajadi ini telah
bermula sejak turun-temurun lagi di mana nenek moyang kita menggunakannya dalam
masakan mereka khususnya. Aktiviti ini diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan
bahan tambah semulajadi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat
masyarakat meliputi kesemua agama, kaum mahu pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama Islam di
Malaysia, mereka meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk
dimakan. Manakala bagi penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan
tambah yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah semulajadi ini dilihat amat tinggi
kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada pengguna khususnya manusia. Antara
contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam, serai, kunyit, dan daun
pandan.
Punca atau sebab bahan aditif ini digunakan
oleh masyarakat di Malaysia ialah kerana peranannya yang bervariasi. Antaranya
ialah contoh bahan aditif seperti gula berfungsi untuk memberikan rasa manis
dalam makanan. Gula merupakan antara bahan wajib yang digunakan dalam
menghasilkan kuih-muih tradisional di Malaysia. Manakala garam pula berfungsi
untuk menambahbaik rasa makanan dan juga dapat membantu kita untuk mengawet
daging. Apabila daging diawet menggunakan garam, maka daging tersebut akan
menjadi lebih tahan lama. Perisa dalam sesuatu makanan pula boleh hadir dengan
bantuan bahan aditif seperti serai. Selain itu, aditif juga digunakan untuk
mewarnakan makanan contohnya dengan menggunakan bahan seperti kunyit. Oleh
sebab itu, kesannya akan menjadikan rupa sesuatu makanan itu lebih menarik
perhatian sesiapa yang melihatnya. Hal ini menjadi bonus kepada para penjual
makanan dalam usaha mereka untuk menarik perhatian para pelanggan bagi membeli
makanan buatan mereka. Selain itu, daun pandan pula berperanan untuk
menghadirkan bau wangi dalam sesuatu makanan. Contohnya dalam menghasilkan
makanan seperti nasi lemak, kebiasaannya kaum ibu akan menggunakan daun pandan
bagi mewujudkan bau harum dalam masakan mereka. Kesemua aditif yang digunakan
ini sekaligus akan menambah kelazatan dan keenakan serta mewujudkan tekstur
yang baik ke atas sesuatu makanan yang dihasilkan.
Penggunaan
setiap aditif semulajadi boleh memberikan pelbagai kesan kepada kesihatan pengguna. Antara kepentingan bahan tambah semulajadi terhadap kesihatan manusia
ialah seperti berikut :
Hakikatnya, boleh dikatakan kesemua
bahan aditif ini memberikan impak positif kepada kesihatan manusia. Namun
begitu, terdapat juga kesan buruk daripada penggunaan bahan tambah semulajadi
yang berlebihan terhadap kesihatan manusia. Antaranya ialah seperti berikut :
Seantero dunia pernah suatu ketika dahulu
dikejutkan dengan kemerosotan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang memberikan
implikasi negatif kepada pengguna di seluruh dunia. Oleh yang demikian, Malaysia
telah bertindak untuk menjadikan projek pertanian di negara ini sebagai
alternatif bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kerana pertanian mampu
mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna. Hal ini
dikukuhkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang menyarankan agar kemajuan sektor pertanian negara dipertingkatkan
dengan lebih giat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, Malaysia telah dikejutkan
dengan masalah kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak
dapat diatasi dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif iaitu Stevia Rebaudiana yang mana ekstraknya
mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali lebih manis daripada gula tebu atau
gula beet.
Stevia
Rebaudiana ini tidak
mengandungi kalori dan karbohidrat. Selain
itu, kajian saintifik yang dilakukan telah mendapati bahawa Stevia adalah
non-toksik yang mana tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia. Persamaan
antara pemanis Stevia dan pemanis
gula ialah kedua-dua bahan ini merupakan bahan tambah semulajadi yang digunakan
dalam makanan atau pun minuman. Penggunaannya meluas di dalam negara Malaysia
sendiri. Bahan pemanis Stevia ini
telah diiktiraf sebagai “Generally
Regarded As Safe” (GRAS) oleh Syarikat Food
and Drug Adminstration (FDA) Amerika Syarikat pada tanggal 17 Disember
tahun 2008 dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam makanan. Penggunaan Stevia bukanlah suatu perkara yang
baharu namun telah digunakan oleh masyarakat terdahulu. Buktinya boleh dilihat
pada kaum Gurani yang telah menggunakan Stevia
sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu. Kaedah ini telah digunakan di
seantero dunia iaitu di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta negara Pasifik
lain seperti India, Thailand dan kini di Malaysia. Kajian oleh pengkaji
Sains telah dibuat dan mendapati bahawa kesan penggunaan gula pemanis Stevia ini lebih baik berbanding dengan penggunaan gula tebu atau
gula beet dalam kehidupan seharian
manusia. Perbandingannya boleh dilihat pada jadual di bawah :
Dalam isu yang
berlaku ini, peranan kerajaan
dilihat sangat besar dalam membantu menstabilkan keadaan rakyat khususnya.
Pengenalan kepada perusahaan pertanian melalui penanaman pokok Stevia sebagai langkah menggantikan
penghasilan gula tebu sebagai bahan tambah semulajadi dilihat memberikan kesan
yang sangat baik. Bagi meningkatkan penghasilan dan kewujudan bahan tambah
semulajadi, kerajaan boleh menubuhkan satu badan Research and Development (R&D) yang berfungsi untuk mengkaji
bahan tambah semulajadi yang ada selain daripada bahan tambah yang telah sedia
ada. Natijahnya akan membuahkan hasil yang positif di mana seperti yang kita sedia maklum, boleh
dikatakan hampir 99 % bahan tambah semulajadi memberikan impak yang baik
terhadap kesihatan manusia. Pihak kerajaan juga boleh mengkomersialkan lagi
penggunaan bahan tambah semulajadi ini kepada masyarakat umum. Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam
menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan nilai bahan tambah semulajadi di
Malaysia. Selain daripada memberikan sokongan, masyarakat juga perlu sedar untuk
menggunakan bahan tambah semulajadi mengikut keperluan badan mereka. Misalnya,
mereka perlu mengurangkan gula dalam makanan mereka agar penyakit seperti
diabetes dapat dielakkan. Mereka perlu bijak dalam menggunakan bahan tambah
yang ada agar kesihatan mereka tidak terjejas.
Daripada dapatan yang
dibuat,saya telah mendapat satu kesedaran bahawasanya saya mempunyai peranan
yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kebaikan bahan
tambah semulajadi ini dengan menjadikan murid-murid di sekolah sebagai sasaran
utama saya. Dalam masa yang sama juga, hal ini meningkatkan kesedaran saya
untuk mencari lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkait dengan bahan tambah
semulajadi bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada sebagai persediaan sebelum
melangkah keluar daripada kampus seterusnya menuju ke alam pekerjaan sebenar
sebagai seorang guru Sains. Selain itu, satu sesi temu bual dengan seorang ahli
farmasi di Klinik Bandar Kuantan, Pahang iaitu Puan Juliza binti Yahya telah
dibuat pada 2 September 2014 bagi melihat sudut pandang seorang ahli kesihatan
terhadap isu ini. Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hasil temu bual yang dilakukan mendapati bahan
tambah semulajadi ini lebih mendatangkan kesan yang positif terhadap kesihatan
manusia berbanding dengan penggunaan bahan tambah kimia dalam makanan yang
dimakan dalam kehidupan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment