Isu Kemapanan Sumber: Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui
Oleh: Siti Nur Zulaikha Bt Draman @ Zulkifli
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepentingan sumber asli,
yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Sumber tenaga di muka bumi
ini boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu sumber tenaga yang boleh
diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh
diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan secara semula jadi dalam
jangka masa yang singkat dan boleh digunakan berterusan. Tenaga yang tidak
boleh diperbaharui pula ialah sumber tenaga yang tidak boleh digantikan dalam
jangka masa yang singkat apabila habis digunakan. Antara contoh sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui adalah petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga
nuklear.
Kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah
terdiri daripada bahan api fosil. Bahan api fosil terbentuk daripada tumbuhan
dan haiwan yang tertanam berjuta-juta tahun yang lalu. Sisa tinggalan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tersimpan di bawah timbunan batuan dalam kerak
bumi mengalami keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara
semula jadi dan menghasilkan petroleum, gas asli dan arang batu. Terdapat satu
takungan yang besar di bawah tanah yang terdiri daripada sumber-sumber yang
tidak boleh diperbaharui di seluruh dunia. Karbon merupakan elemen utama dalam
bahan api fosil yang sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga.
Petroleum merupakan bahan api fosil dalam bentuk cecair. Ia juga
dikenali sebagai minyak atau minyak mentah. Ia terbentuk daripada pereputan
haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun yang lalu yang tinggal di
dalam persekitaran air. Lebih daripada berjuta-juta tahun, reputan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan ini ditutupi dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan
daripada lapisan-lapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah. Minyak
mentah adalah berbau, berwarna kuning ke hitam yang akan dikorek daripada
takungan di dasar laut dan sesetengah di bawah tanah. Hasil daripada minyak
mentah yang telah digerudi, ia mesti ditapis.
Petroleum menjadi salah satu aset sumber tenaga yang utama bagi negara
kita. Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) yang
bertindak sebagai jentera kerajaan mengendalikan semua hal yang berkaitan
petroleum di negara kita. Hal ini demikian untuk memastikan sumber petroleum
negara diurus dengan terancang. Hasil daripada petroleum membantu kita dalam
banyak perkara. Minyak mentah hasil aktiviti cari gali dari dasar laut akan
disalurkan ke permukaan dan loji penapisan serta akan mengalami proses
penapisan dan pembakaran bagi menghasilkan produk-produk petroleum. Lebih
separuh daripada petroleum akan ditukarkan kepada petrol. Petrol digunakan di dalam
kenderaan untuk menggerakkan enjin. Selain petrol, produk petroleum yang lain
adalah nafta, kerosin, diesel, minyak pelincir, parafin, minyak bahan api dan
bitumen.
Penghasilan petroleum
|
Petroleum
|
Walau
bagaimanapun, pembakaran petrol adalah berbahaya kepada alam sekitar. Ia
melepaskan gas berbahaya dan asap ke udara yang kita sedut. Antara gas yang
terhasil daripada pembakaran petroleum adalah karbon dioksida, karbon
monoksida, sulfur dioksida, dan nitrogen dioksida. Terdapat juga kemungkinan
tumpahan minyak. Jika ada masalah dengan jentera penggerudian, minyak yang
boleh meletup di luar telaga dan melimpah ke dalam tanah atau laut yang
mengelilingi. Tumpahan minyak adalah bencana alam sekitar, terutama tumpahan
luar pesisir. Minyak terapung di air, jadi ia boleh kelihatan seperti makanan
untuk ikan dan merosakkan bulu burung.
Gas
asli juga merupakan bahan api fosil yang terperangkap di bawah tanah dalam
takungan. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama
petroleum. Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon yang kebanyakannya
terdiri daripada gas metana. Pencarian gas asli dimulakan dengan ahli
geologi, yang mengkaji struktur dan proses Bumi. Gas asli digunakan untuk
pemanasan dan memasak. Ia juga boleh dibakar untuk menghasilkan elektrik. Gas
asli juga boleh bertukar menjadi bentuk cecair, yang dikenali sebagai gas asli
cecair atau liquid natural gas (LNG). LNG lebih bersih dari mana-mana
bahan api fosil yang lain. Gas asli cecair mengambil ruang yang kurang berbanding
dalam bentuk gas. LNG mudah disimpan dan digunakan untuk tujuan yang berlainan.
LNG juga boleh menjadi gantian untuk petrol. Gas asli adalah agak murah untuk dikeluarkan,
dan adalah "bersih" bahan api fosil daripada petroleum atau arang
batu. Apabila gas asli dibakar, ia hanya mengeluarkan karbon dioksida dan wap
air. Ini adalah lebih sihat daripada pembakaran arang batu.
Gas asli
|
Walau bagaimanapun, mengekstrak gas asli boleh menyebabkan masalah
alam sekitar. Keretakan batu boleh menyebabkan mini gempa bumi. Air tekanan
tinggi dan bahan kimia yang mengalami tekanan di bawah tanah juga boleh bocor
kepada lain-lain punca air. Sumber-sumber air, digunakan untuk minum atau
mandi, boleh menjadi tercemar dan tidak selamat. Gas asli juga memberi kesan kepada alam sekitar apabila ia dihasilkan,
disimpan dan diangkut. Disebabkan gas asli terdiri daripada metana yang tinggi kandungannya
(gas rumah hijau yang lain), sedikit metana kadang kala boleh terlepas keluar
ke atmosfera dari perigi, tangki simpanan dan saluran paip.
Arang batu juga sumber tenaga daripada bahan api fosil yang berbentuk pepejal. Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam atau perang kehitaman yang mudah terbakar yang terdiri daripada karbon dan hidrokarbon. Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik. Arang batu juga digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.
Arang batu |
Penggunaan arang batu boleh mendatangkan kesan buruk. Tanpa tindakan
yang betul, perlombongan arang batu boleh memberi kesan negatif terhadap
ekosistem dan kualiti air dan merubah landskap dan pemandangan. Pelombong arang batu
juga terdedah kepada debu toksik dan menghadapi bahaya di dalam gua dan letupan
di tempat kerja. Apabila arang batu dibakar, ia mengeluarkan banyak gas toksik
dan bahan cemar ke atmosfera. Perlombongan arang batu juga boleh menyebabkan
tanah untuk gua dalam dan mewujudkan api bawah tanah yang terbakar selama
beberapa dekad pada satu masa.
Di samping itu, pembakaran bahan api fosil iaitu petroleum, gas
asli dan arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia membawa kesan
yang negatif seperti. Pembakaran
bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang
mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida,
sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan
udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas
pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan
bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang
juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.
Selain itu, tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui. Walaupun tenaga nuklear itu sendiri merupakan sumber tenaga
boleh diperbaharui, bahan yang digunakan dalam loji kuasa nuklear tidak boleh
diperbaharui. Tenaga nuklear menghasilkan tenaga yang kuat dalam nukleus, atau
teras, daripada atom. Tenaga nuklear dibebaskan melalui pembelahan nuklear,
proses di mana nukleus sesuatu atom berpecah. Loji kuasa nuklear adalah mesin
kompleks yang boleh mengawal pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Bahan
yang paling sering digunakan dalam loji kuasa nuklear adalah uranium elemen.
Walaupun uranium ditemui dalam batuan di seluruh dunia, loji kuasa nuklear
biasanya menggunakan jenis yang sangat jarang berlaku uranium, U-235. Uranium
adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Di Malaysia, nuklear berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan
operasi pada 28 Jun 1982, setelah mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan
TRIGA adalah singkatan kepada Training, Research, Isotope Production dan
General Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan dalam bulan November 1981 ini
bertujuan untuk membangunkan bidang latihan, penyelidikan dan pengeluaran
radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia. RTP adalah reaktor jenis
kolam yang direka bentuk bagi membolehkan eksprimen dijalankan di teras
reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains
nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron
termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan neutron (NAA),
analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop untuk kegunaan
perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan penyerakan
neutron sudut kecil (SANS).
Loji Nukelar
|
Reaktor TRIGA
|
Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh
ramai pihak. Terdapat beberapa kelebihan
penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga
nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu
jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan
api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium
(bahan utama loji tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk
jangka masa yang panjang.
Di sebalik
kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan
tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi
kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear
menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia
kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif
yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga
nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.
Peranan
kerajaan dan masyarakat
adalah sangat penting bagi mengatasi masalah dan kesan-kesan negatif yang
timbul akibat daripada penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu
dan gas asli sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana
kuasa sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Beberapa langkah
pencegahan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara
langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran udara akibat
penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan
‘Electrostatic Precipitator’ (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya
untuk memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan ‘Flue Gas
Desulphurization’ (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen jana kuasa
bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu,
manakala penunu rendah NOx atau ‘Low Nox Burner’ pula dapat digunakan bagi
mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Sementara itu,
pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan yang berdekatan
penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat mengenai tahap kualiti
udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah
dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap pencemaran udara
berada pada paras yang telah ditetapkan.
Pada
pandangan saya, bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang berlaku
daripada pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan kerajaan
untuk sama-sama berusaha menjimatkan penggunaan petrol. Antaranya adalah
berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menggunakan kenderaan awam yang telah disediakan
bagi mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Selain itu, penggunaan
sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga boleh diperbaharui
juga boleh mengurangkan kesan negatif yang timbul daripada penggunaan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui. Contoh
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga solar, tenaga hidro,
biojisim, hidrogen dan tenaga angin.
Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan
perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan sumber tenaga yang
berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan. Pihak stesen jana kuasa juga perlulah
sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan loji-loji penjanaan supaya dapat
menjimatkan kos operasi lalu memberi keselesaan dan kepuasan kepada
pelanggan-pelanggannya. Selain itu, pengguna-pengguna elektrik juga digalakkan
meminimumkan penggunaan elektrik.
Video 1 : Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui
Video 2 : Tenaga Nuklear dan Kegunaan
saya nak tanya,ada tak kebaikan tenaga tidak boleh dibaharui?
ReplyDeletesaya nak tanya,ada tak kebaikan tenaga tidak boleh dibaharui?
ReplyDeleteboleh dijual
Deleteadakah elektrik boleh dikategori sebagai sumber asli , sumber tenaga yang boleh diperbaharui?
ReplyDeleteFuck u
ReplyDeleteCool and I have a neat offer: How Much Is House Renovation Loan In Pag Ibig home exterior renovation contractors
ReplyDelete