LAPORAN LAWATAN AKADEMIK KE SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD (SAMB)
TARIKH : 26 OGOS 2014
MASA : 2.30 PETANG – 5.30
PETANG
TEMPAT : LOJI RAWATAN
AIR BUKIT SEBUKOR & EMPANGAN DURIAN TUNGGAL, MELAKA\
SEBELUM:
Perjumpaan telah diadakan bagi
menetapkan tempat yang ingin dilawati dan sebuah jawatankuasa (JK) lawatan
telah dibentuk. Jawatankuasa melibatkan JK tertinggi sehinggalah JK biasa.
Semua yang terlibat adalah dalam kalangan siswi guru PISMP Sains Januari 2011.
Setelah JK dibentuk, Setiausaha menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan
kelulusan daripada pentadbir IPGK PM. Selain daripada kertas kerja, surat
memohon kebenaran mengadakan lawatan juga telah disediakan. Satu surat telah
dihantar ke Pejabat Urusan Syarikat Air Melaka dan satu lagi kepada Badan Kawal
Selia Air (BAKSA) negeri Melaka. Maklum balas telah diterima, di mana kedua-dua
pihak membenarkan kami membuat lawatan ke tempat mereka. JK Pengangkutan dan
Peralatan juga dibentuk supaya dapat memastikan lawatan yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar. Dua orang pensyarah pengiring dilantik, iaitu Puan
Fatimah dan Puan Suziela yang mewakili Jabatan Sains.
SEMASA:
Perjalanan lawatan bermula pada jam
2.00 petang dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak IPGK PM. Tempat yang
dilawati ialah Loji Rawatan Air Bukit Sebukor dan Empangan Durian Tunggal. Pada
mulanya, kami tiba di loji air pada jam 2.30 petang dan sesi lawatan diteruskan
dengan taklimat ringkas mengenai loji rawatan air tersebut. Seterusnya kami
dibawa melawat kawasan di mana proses-proses rawatan air dijalankan. Setelah
selesai, kami dijamu dengan minuman petang. Penyerahan sijil penghargaan dan
cenderahati diadakan sejurus selepas kami selesai menjamu makanan yang
disediakan. Sesi bergambar bersama staf SAMB juga dilakukan sebelum bergerak ke
Empangan Durian Tunggal. Kemudian, kami meneruskan lawatan ke Empangan Durian
Tunggal pada jam 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Setibanya di empangan, kami
disambut oleh Juruteknik yang bertugas, iaitu Encik Zambri yang memberi
penerangan mengenai fungsi dan proses yang berlaku di Empangan Durian Tunggal. Sesi
lawatan ke SAMB ditamatkan di Empangan Durian Tunggal dan pulang ke IPGK PM
pada jam 5.30 petang.
SELEPAS:
Kesemua bahan yang diperolehi
sepanjang lawatan dikumpul dalam satu fail untuk dikongsikan bersama rakan
seunit sebagai nota rujukan. Sesi refleksi juga diadakan bersama semua ahli
jawatankuasa yang sama-sama menjayakan lawatan ini bagi mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan lawatan. Selain itu, kami mendapati bahawa hasil lawatan ini
telah berupaya memenuhi objektif yang ingin dicapai pada awal perancangan. Laporan
kepada pensyarah pembimbing juga disediakan untuk disemak dan dihantar.
LAPORAN AKTIVITI 1
TEMPAT : BILIK MESYUARAT LOJI RAWATAN AIR BUKIT
SEBUKOR, MELAKA
TARIKH : 26 OGOS 2014
MASA : 2.30 PETANG – 3.00 PETANG
Taklimat ini merupakan aktiviti pertama setibanya kami di
Syarikat Air Melaka Berhad. Taklimat ini bermula jam 2.30 petang dan mengambil
masa kira-kira setengah jam. Taklimat yang disampaikan Encik Mohd Afiq adalah
berkenaan latar belakang syarikat, polisi keselamatan dan juga proses-proses
yang dijalankan oleh syarikat ini dalam memberi perkhidmatan bekalan air kepada
penduduk negeri Melaka.
Berdasarkan penerangan yang disampaikan, Syarikat Air
Melaka Berhad (SAMB) adalah satu-satunya syarikat sulung dalam negeri Melaka
yang mengambil alih pengurusan dan pengeluaran air mentah untuk disalurkan
kepada pengguna yang dianggarkan sehingga 700,000 penduduk. Bekalan air bersih
yang dihasilkan adalah mencecah ke angka 16MGD. Penerangan ringkas juga diberi
berkaitan proses-proses dalam menghasilkan air bersih iaitu aeration,
coagulant dosing, flocculation, proses pengenapan, penapisan, chlorination,
fluoridation, pH correction dan electrochlorination. Dalam sesi
taklimat ini juga, para guru pelatih berpeluang bersoal jawab dengan pegawai
berkenaan berkaitan dengan isu-isu air yang pernah dialami di negara kita
seperti kemarau dan catuan air.
Pegawai memyampaikan taklimat tentang rawatan air
Sesi soal jawab
Keseluruhannya,
daripada sesi taklimat ini pelbagai pengetahuan yang telah diperoleh
terutamanya berkaitan peranan syarikat air dan proses-proses dalam menghasilkan
bekalan air bersih.
LAPORAN AKTIVITI 2
TEMPAT : KAWASAN OPERASI LOJI RAWATAN AIR BUKIT
SEBUKOR, MELAKA
TARIKH : 26 OGOS 2014
MASA : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG
Setelah berakhirnya sesi taklimat, beberapa pegawai dan
juruteknik telah membawa kami untuk membuat lawatan di luar pejabat Syarikat
Air Melaka Berhad. Lawatan di Loji Air Bukit Sebukor telah diketuai oleh
juruteknik, Encik Salleh. Lawatan ini berlangsung hampir setengah jam.
Kawasan Operasi Rawatan Loji Air Bukit Sebukor
Encik Salleh telah menunjukkan kami beberapa kawasan yang
dijadikan kawasan penapisan. Kawasan ini melalui proses penurasan. Terdapat
tiga jenis penapisan iaitu Aquazor,
Lamella dan Candy. Teknologi
penapisan ini adalah pembuatan dari negara Jerman dan British. Penapisan Aquazor dan Lamella mempunyai enam unit masing-masing manakala penapisan Candy mempunyai tiga unit. Tujuan proses penapisan adalah untuk
mengasingkan kekotoran terampai yang masih terdapat dalam air mendapan. Semasa
proses penapisan, kekotoran akan menyebabkan penapis tersekat. Malahan, proses
penapisan juga mengalami proses “backwashing” iaitu cucian yang dijalankan selepas 72
jam atau “Loss Of Head” penapis
mencapai dua meter.
Para Pensyarah Dan Guru Pelatih Meninjau Kawasan Proses
Penapisan
Seterusnya, kami dibawa ke bahagian electrochlorination yang ditempatkan dalam bangunan yang
berbumbung. Ia telah dibina pada tahun 2011 yang menggantikan kaedah penggunaan
gas klorin. Konsep yang digunakan adalah lebih selamat, lebih jimat dan efisien
dari segi produktiviti dan kualiti air. Klorin yang digunakan dalam rawatan air
adalah berbeza kerana sebelum ini menggunakan gas klorin manakala cecair klorin
telah digantikan. Umumnya, penggunaan gas klorin adalah berbahaya berbanding
cecair klorin. Proses ini berasaskan garam untuk menghasilkan sodium hypochlorite. Encik Salleh dan
beberapa juruteknik telah menunjukkan garam yang digunakan dan membenarkan kami
merasa garam tersebut menggunakan tangan.
Lawatan Ke Bilik Elektroklorin
Kami telah menaiki ke kawasan yang bertangga untuk
melihat proses aeration. Proses aeration ini dilakukan di tempat tinggi
dan terdedah. Proses ini bertujuan untuk menambahkan kandungan oksigen di dalam
air serta membebaskan gas seperti karbon dioksida yang boleh menyebabkan
pengaratan pada saluran paip. Selain itu, proses ini menjadikan Ferum serta
Manganese tidak akan terlarut di dalam larutan air untuk proses seterusnya. Air
yang mengalir ke aereator ini telah melalui rumah pam air mentah. Ini merupakan
proses pertama yang dilakukan untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih.
Guru Pelatih Berjalan Mengelilingi Aerator
Setelah kami membuat lawatan luar di Loji Air Bukit
Sebukor, kami telah menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak Syarikat Air
Melaka Berhad. Selepas itu, penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata
diserahkan oleh Penyelaras Kursus, Puan Fatimah Binti Yusof kepada pihak
Syarikat Air Melaka Berhad. Kami menamatkan sesi lawatan di Loji Air Bukit
Sebukor dengan sesi bergambar.
LAPORAN AKTIVITI 3
TEMPAT : EMPANGAN DURIAN TUNGGAL, MELAKA
TARIKH : 26 OGOS 2014
MASA : 4.30 PETANG – 5.30
PETANG
Setelah tiba di
Empangan Durian Tunggal, kami disambut oleh Juruteknik yang bertugas, iaitu En.
Zamri. Kami menerima penerangan ringkas mengenai Empangan Durian Tunggal
daripada En. Zamri. Keluasan Empangan Durian Tunggal ialah 41.4 km persegi.
Yang mula beroperasi pada tahun 1974. Empangan ini merupakan empangan kedua
terbesar dan di bawah jagaan Badan Kawal Selia Air (BAKSA) negeri Melaka.
Pengurusan di Empangan Durian Tunggal adalah sebagai operator sahaja dan hanya
akan berurusan sekiranya mendapat arahan daripada BAKSA.
Sesi lawatan diiringi oleh En. Zamri
Dua kawasan yang
dilawati ialah di kawasan air limpah (spill
way) dan melawat kawasan penerimaan bekalan air dari Sungai Gersik, Muar.
Kawasan air limpah mempunyai tiga injap air yang digunakan untuk menyalur
bekalan air semasa musim kemarau. Negeri Melaka pernah mengalami musim kemarau
yang teruk pada tahun 1990 selama tiga bulan. Paras air yang ditampung sebanyak
24 juta gelen dan paras airnya ialah 28.35 meter dari paras laut. Sumber air
yang diperolehi oleh empangan ini adalah daripada tiga sumber sahaja, iaitu
melalui hujan, Sungai Melaka dan Sungai Gersik.
Penerangan ringkas mengenai ‘spill way’
Pada jam 5.00
petang melawat kawasan penerimaan bekalan air dari Sungai Gersik, Muar. Air
yang diterima akan membantu Empangan Durian Tunggal untuk membekalkan air ke
kawasan negeri Melaka. Empangan ini juga membantu Empangan Jus untuk bekalan
air. Pihak BAKSA Melaka akan memastikan bekalan air yang terdapat di empangan
ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk penggunaan
penduduk di seluruh negeri Melaka. Bagi memastikan kualiti air, pH air mestilah
sesuai, iaitu tidak boleh terlalu tinggi kerana ianya akan menyebabkan air
bersifat alkali.
Kawasan saluran air dari Sungai Gersik, Muar
Sesi lawatan yang berakhir di Empangan Durian Tunggal
telah memberi kami pelbagai input mengenai proses rawatan dan pembekalan air
yang berlaku di negeri Melaka. Ilmu yang diperolehi sangatlah berguna kepada
kami sebagai bakal guru untuk disampaikan kepada murid-murid.
No comments:
Post a Comment