LAPORAN LAWATAN AKADEMIK KE
POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
PROGRAM :
PISMP Sains Januari 2011.
TEMPAT
:
Politeknik Merlimau, Melaka
TARIKH : 4
September 2014 (Khamis)
OBJEKTIF
§ Memenuhi
sukatan pelajaran bagi subjek ‘Sains, Teknologi dan Masyarakat’ (SCE 3114) yang
ditetapkan pada semester ini.
§
Untuk
mempelajari dan mengukuhkan kefahaman berkaitan kestabilan struktur.
§
Melihat
secara lebih dekat lagi reka bentuk dan teknologi yang membolehkan sesuatu
struktur menjadi stabil.
§ Sebagai
salah satu wadah untuk guru pelatih menghargai pembangunan teknologi dan kesan
positifnya kepada masyarakat.
LAPORAN
SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LAWATAN
SEBELUM
Bagi memenuhi tuntutan
sukatan pelajaran bagi subjek Sains Teknologi Dan Masyarakat, SCE 3143, kami
telah berbincang dan membuat keputusan untuk membuat lawatan ilmiah ke
Politeknik Merlimau, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada kami berkenaan tajuk reka bentuk dan kestabilan struktur. Perkara
pertama yang dilakukan adalah menulis satu kertas kerja untuk membolehkan kami
mendapat kelulusan untuk mengadakan lawatan ke Politeknik Merlimau. Setelah
kertas kerja yang dihantar mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka, kami telah menghubungi pihak Politeknik untuk
berbincang berkenaan lawatan ini. Setelah menghantar surat permohonan
mengadakan lawatan ke pihak politeknik melalui mesin faks, kami telah
menghubungi pihak politeknik untuk mengetahui sama ada kami mendapat kelulusan
untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Politeknik Merlimau ataupun tidak. Kami juga
perlu mengetahui pihak atau jabatan yang sepatutnya kami hubungi untuk lawatan
ini. Memandangkan tujuan utama kami menjalankan lawatan ilmiah ini adalah untuk
mendapat pendedahan dan penerangan mengenai reka bentuk dan kestabilan
struktur, kami telah dihubungkan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik
Merlimau. Tidak dinafikan berlaku sedikit masalah komunikasi antara pihak
Politeknik dengan kami sehingga menyukarkan pihak politeknik untuk memberi
kelulusan kepada lawatan ini. Namun, setelah kami menjelaskan beberapa kali
melalui panggilan telefon, akhirnya kami telah mendapat kelulusan mengadakan
lawatan pada tarikh yang telah ditetapkan.
SEMASA
Kami bertolak daripada IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka pada pukul 9 pagi dan tiba di Politeknik pada pukul 9.45 pagi. Setibanya kami disana, kami telah dijemput oleh Encik Ridhuan, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam di blok Pentadbiran Politeknik Merlimau. Kami telah dibawa ke bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Awam dan telah dijamu dengan sarapan pagi. Kemudian kami telah diberi penerangan mengenai Jabatan Kejuruteraan oleh Tuan Haji Razali bin Johari, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam.
Kemudian, kami telah diberi penerangan mengenai reka bentuk dan kestabilan
struktur oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam. Penerangan pertama diberikan
oleh Puan Noraini, pensyarah seni bina berkenaan reka bentuk bangunan daripada
pandangan arkitek. Dari aspek pandangan seorang arkitek, reka bentuk struktur
bergantung kepada sistem struktur sesuatu bangunan. Sebagai contoh ‘column and
beam system’ yang digunakan semasa mereka bentuk sesebuah bangunan. Manakala
penerangan kedua oleh Encik Mohd Fazli bin Abd Rahman, pensyarah Jabatan
kejuruteraan lebih menekankan kepada aspek reka bentuk dan kestabilan struktur
dari aspek kejuruteraan. Beliau turut menerangkan beberapa faktor yang diambil
kira semasa membina sesebuah bangunan iaitu faktor iklim, kos pembinaan, reka
bentuk bangunan dan tapak. Kajian kes yang dijalankan terhadap kejadian
runtuhan bangunan Highland tower turut dibentangkan semasa sesi ceramah
dijalankan. Sesi soal jawab berlaku secara aktif kerana siswi guru banyak
mengutarakan soalan-soalan yang berkaitan dengan reka bentuk dan kestabilan
struktur kepada pensyarah di Jabatan Kejuruteraan awam.
Setelah sesi taklimat dan penerangan tamat, kami telah
dibawa ke Pameran Reka Bentuk Kiosk Menjual Peralatan Sukan, projek yang
dijalankan oleh pelajar semester 3. Pameran ini turut mempamerkan koleksi model
struktur kiosk yang telah dibina oleh pelajar Politeknik.
SELEPAS
Lawatan kami di Politeknik
tamat tepat pukul 12 tengah hari. Sesi fotografi bersama ketua dan pensyarah
Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai kenangan lawatan ini. Selepas lawatan, satu
laporan lengkap perlu dibuat sebagai bukti lawatan ini dijalankan. Penulisan
reflektif mengenai lawatan ini perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan
kelemahan sepanjang lawatan ini dijalankan dan cadangan penambahbaikan yang
boleh diambil untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Impak lawatan ilmiah
terhadap diri sendiri untuk dibawa ke sekolah, masyarakat dan Negara turut
diulas dalam penulisan reflektif.
LAPORAN AKTIVITI
PENERANGAN TENTANG POLITEKNIK MERLIMAU OLEH KETUA JABATAN
KEJURUTERAAN AWAM
Pada hari berkenaan, kami
tiba di perkarangan Blok Pentadbiran Politeknik Merlimau pada pukul 9.45 pagi
dan disambut oleh En.Ridhuan, Pensyarah Jabatan Seni Bina. Setibanya di bilik
mesyuarat Jabatan kejuruteraan, kami telah diberikan penerangan mengenai
Politeknik Merlimau oleh Tuan Haji Razali bin Johari, Ketua Jabatan
Kejuruteraan Awam. Kami telah ditayangkan dengan slaid ‘Power point’
berkenaan Jabatan Kejuruteraan Awam yang
menawarkan dua bidang Program pada peringkat Diploma dan dua bidang bidang pada
peringkat Sijil. Program yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Awam,
Diploma senibina, Diploma Geomatik dan Sijil Kejuruteraan Awam. Sehingga Mei
2010, terdapat seramai 70 orang Pensyarah Jabatan Kejuruteraan awam. Bilangan
pelajar yang mengikuti bidang program yang ditawarkan adalah sebanyak 1045
orang. Jabatan Kejuruteraan Awam mempunyai system pengurusan yang tersusun
dengan diketuai oleh Ketua Jabatan. Ketua-Ketua Program, Pensyarah dan
Kakitangan Sokongan. Penerangan mengenai kejayaan-kejayaan pelajar politeknik
dalam pertandingan mereka cipta dan inovasi diperingkat kebangsaan dan
antarabangsa turut menjadi intipati penerangan oleh Tuan Haji Razali.
Penerangan Oleh Tuan Haji Razali bin Johari,
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
PERBENTANGAN SLAID POWER POINT MENGENAI REKA BENTUK DAN
KESTABILAN STUKTUR
Lawatan diteruskan dengan
penerangan mengenai reka bentuk dan kestabilan struktur yang disampaikan oleh
pensyarah di Jabatan kejuruteraan awam. Penerangan pertama berkenaan reka
bentuk struktur dari pandangan seorang arkitek bangunan. Dari aspek pandangan
seorang arkitek, reka bentuk struktur bergantung kepada sistem struktur sesuatu
bangunan. Sebagai contoh ‘column and beam system’ yang digunakan semasa mereka
bentuk sesebuah bangunan. Manakala penerangan kedua oleh Encik Mohd Fazli bin
Abd Rahman, pensyarah Jabatan kejuruteraan lebih menekankan kepada aspek reka
bentuk dan kestabilan struktur dari aspek kejuruteraan. Beliau telah memberi
penerangan mengenai perancangan yang perlu dilakukan sebelum sesuatu bangunan
dibina antaranya adalah penyiasatan tanah (Soil Inverstigation/ SI). Penyiasatan
tanah penting sebagai asas permulaan bagi rekabentuk yang lebih efisien dan
pembinaan yang ekonomi dalam kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan, adalah
penting di mana pengurusan dan perancangan menjadi keutamaan. Pemantauan
terhadap penyiasatan tapak perlu difokuskan kepada kaedah, pengujianan dan
masalah-masalah yang timbul semasa penyiasatan tapak.
Antara
kepentingan penyiasatan tapak adalah :
- Mengetahui tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pembinaan.
- Memberi kefahaman tentang penggunaan peralatan yang sesuai mengikut kesesuaian projek dan kaedah yang digunakan.
- Memberi gambaran tentang keperluan ujian-ujian di makmal yang mesti dijalankan untuk tujuan rekabentuk.
- Menentukan kesukaran-kesukaran yang mungkin timbul disebabkan oleh kaedah-kaedah pembinaan yang ditentukan.
Kemudian,
beliau turut menerangkan beberapa faktor yang diambil kira semasa membina
sesebuah bangunan iaitu faktor iklim, kos pembinaan, reka bentuk bangunan dan
tapak. Kajian kes yang dijalankan terhadap kejadian runtuhan bangunan Highland
tower turut dibentangkan semasa sesi ceramah dijalankan. Sesi soal jawab
berlaku secara aktif kerana siswi guru banyak mengutarakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan reka bentuk dan kestabilan struktur kepada pensyarah di
Jabatan Kejuruteraan awam.
Penerangan oleh Encik Mohd Fazli bin Abd Rahman
LAWATAN KE PAMERAN REKA BENTUK
BANGUNAN PELAJAR SEMESTER TIGA
Tamat
sesi penerangan dan ceramah, kami dibawa ke pameran Reka Bentuk Kiosk Menjual
Peralatan Sukan, projek yang dijalankan oleh pelajar semester 3. Pameran ini
mempamerkan bakat-bakat pelajar Politeknik Merlimau dalam mereka bentuk
sesebuah bangunan dengan ilham objek yang berada disekeliling mereka. Tema reka
bentuk bangunan adalah kiosk peralatan sukan, Kami dapat melihat pelbagai reka
bentuk bangunan yang kreatif dan menarik mengikut tema yang telah ditetapkan.
Kami turut dibawa oleh pensyarah Politeknik Merlimau untuk melawat kawasan
sekitar politeknik. Lawatan kami tamat pada pukul 12 tengah hari. Sesi fotografi bersama
ketua dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai kenangan lawatan ini.
Lawatan ke tapak pameran
No comments:
Post a Comment